S'mart


 

SUPPLIERS’MART [known as S’MART]

Ditubuhkan pada 1999, Pasar Pembekal juga dikenali sebagai S’MART(dibina dan diuruskan sepenuhnya oleh Prestico Sdn Bhd), yang menawarkan barangan keperluan untuk pembeli isirumah dan perniagaan, merupakan Kompleks Komersial yang PERTAMA yang memperkenalkan konsep gabungan Pasar Segar dengan lebih 200 kedai perniagaan runcit lain untuk menjadi pusat sehenti yang ideal untuk pelanggan di Malaysia. Pelanggan boleh membeli barangan segar dan runcit lain seperti pakaian, barangan elektrik, telefon bimbit, aksesori, cermin mata, kasut dan sebagainya hanya di bawah satu bumbung.
 
S’MART merupakan perintis yang memperkenalkan konsep membeli-belah di setiap lorong bermula dari barangan segar dan Berjaya memperkenalkan pasaran BARANGAN SEGAR daripada pagi hingga petang. Pelanggan tidak lagi perlu membeli barangan segar dalam masa terhad sahaja.
 
S’MART terletak di sebelah Lebuhraya Tebrau lebih kurang 10km Timur Laut dari Bandaray Johor Bahru. Dengan menggunakan Lebuhraya EDL (Eastern Dispersal Link) hanya mengambil masa leih kurang 15 minit pemanduan dari Imegresen Johor Bahru dan /atau Bandaraya Johor Bahru ke S’MART.
 
Dengan luas kawasan sehingga 290,000 kaki persegi, S’MART merupakan kompleks satu tingkat dan menyediakan lebih 800 tempat meletak kenderaan berbumbung dan terbuka. S’MART dibuka 7 hari seminggu; 10pagi – 11malam.
 
Dengan lebih 200 gerai dan kedai, S’MART boleh menarik pengunjung yang sangat ramai oleh kerana pelbagai pilihan hasil ladang yang segar pada harga rendah selain menjadi tempat yang sempurna untuk membeli barangan SEGAR seperti ikan, ayam, daging dan barangan keperluan rumah yang lain.
 
S’MART menyediakan platfom pembekal alternatif untuk Pengeluar dan Pengilang Johor untuk memasarkan produk mereka terus kepada pengguna akhir.
 
Penyewa Segar S’MART kebanyakannya mempunyai ladang danperahu pukat tunda sendiri, selain itu Barangan Segar yang ditawarkan di S’MART datang setiap hari TERUS dari SUMBER tanpa sebarang kos orang tengah. Ini bagi memastikan harga yang ditawarkan paling rendah setiap masa.
  • Makanan Laut di S’MART adalah bekalan segar dari Sedili, Endau, Mersing dan Pontian yang dihantar segar setiap hari. Ikan-ikan yang dijual termasuklah yang ditangkap menggunakan kaedah tradisional seperti “Bubu” iaitu menggunakan sangkar buluh yang tidak akan merosakkan ikan yang ditangkap, menjadikan ianya lebih sihat, sedap dan segar.
  • Ayam/Daging di S’MART dihantar segar dari ladang ternakan setiap hari selepas disembelih.
  • Sayuran di S’MART segar dari ladang setiap hari dari Cameron Highlands, Kota Tinggi, Kulai dan ‘ladang tempatan lain yang bebas dari racun serangga’.
  • Penyewa terbesar di S’MART termasuk Pasaraya Midas (Pasaraya Runcit Bayar & Bawa), Factory Retail (kasut & beg sekolah), Darson Electronics (barangan elektrik), Linkme Trading (barangan keperluan rumah), MeTwo Fashion (Pakaian dari kanak-kanak hingga dewasa) di antara yang lain.

 

Contact Details

PTD 155409, Batu 7 1/2,
Jalan Kota Tinggi,
81100 Johor Bahru, Johor
Tel: +607 352 8200
Fax: +607 352 8207
Mobile: +6012 738 5882